Kita semakin rapat, tapi aku dan kau, kita masing-masing sedar. Aku sedar aku lebih gembira bila kau ada. Aku juga sedar kita takkan mungkin ke sana. Kenapa? Sebab aku suka bermain dengan perasaan. Teman istimewa aku bukan satu, kau sendiri pun tahu. Dan aku masih tiada niat langsung untuk ke arah itu dengan kau.
Kemudian kita merancang untuk bertemu. Kelakar. Aku ingat lagi, hari Jumaat. Di AEON Bukit Tinggi. AKu ke sana selepas tamat sesi persekolahan. Kau sedang bekerja, tapi tengahari lepas kau balik rumah, kau datang jumpa aku dan ponteng kerja terus. Pertama kali berjumpa dan,
"Aku ingat kau tinggi. Rupanya taklah tinggi mana."
Kita cuma jalan-jalan, keluar masuk setiap kedai yang ada. Gelak ketawa tak berhenti. Mesra macam dah lama berkawan walaupun itu kali pertama bersua muka. Dan menjelang senja, kita pulang.
Kita terus berhubung seperti biasa, dan aku masih rahsiakan tentang kau daripada teman istimewa aku. Yelah, siapa je yang suka kalau girlfriend dia texting lelaki lain. Tapi jujur, waktu tu memang dah takda hati dengan boyfriend sendiri tapi masih ada sekelumit rasa sayang, mungkin kerana aku takut keseorangan. Banyak sebab lain lagi tapi malas nak huraikan.
Tak lama kemudian, kau bagitahu aku kau nak berhenti kerja.
"Weh, ada orang offer aku kerja office."
"Oh, kerja apa?"
"Entah aku pun tak tahu. Tapi dia kata gaji dia masyuk."
"Kalau masyuk kau join jelah"
"Aku ingat nak resign awal la. Cuti lama sikit sebelum mula kerja baru. Nanti boleh lepak-lepak dengan kau."
"Aku okay je."
Dan aku khabarkan pada teman baik aku tentang kau.
#PartTwo
No comments:
Post a Comment